Di Tabir Jingga.
Kudakap cahaya di waktu senja
kujadikan mandian seluruh anggota
kucelup jingga membasah muka
kulimpahkan bersama daki di dada.
Kusingkap jendela duka dan lara
kupanggilkan bayu menghembus jiwa
kupujuk cahaya peneman gelita
kuwarnakan pelangi di kanvas cinta.
Kusebut namamu getaran terasa
kulaungkan hasrat membelenggu rongga
kujahit cinta di hamparan dada
kusyairkan indah bersusunkan kata.
Di tabir jingga rindu bersenda.
ss/spl/pm ... 08/02/2013.
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Monday, February 11, 2013
Pucuk baru.
Pucuk baru.
Semalam
tunggul kayuku
layu
tiada berdaun
gugur
daunnya rapuh.
Hari ini
bertunas baru
terbit
dibias embun
segar
pucuk merimbun.
Esok
mungkinkah kekal
subur
mekar daunnya
di atas
dahanku yang reput.
... ahh!.
ss/spl/pm ... 08/02/2013.
Semalam
tunggul kayuku
layu
tiada berdaun
gugur
daunnya rapuh.
Hari ini
bertunas baru
terbit
dibias embun
segar
pucuk merimbun.
Esok
mungkinkah kekal
subur
mekar daunnya
di atas
dahanku yang reput.
... ahh!.
ss/spl/pm ... 08/02/2013.
Semburan warna bianglalaku.
Semburan warna bianglalaku.
Lalang itu miang sayang
bak biang keladi
miangnya pasti merenyam
kegatalannya
pasti
mencengkam.
Marilah sayang
datanglah kedakapan abang
akan kuhilangkan kegatalanmu itu
dengan menyiramkan
bianglalaku
ke atas dirimu.
Bersama kita bermandi keringat
di malam yang hangat.
ss/spl/pm ... 07/02/2013.
Lalang itu miang sayang
bak biang keladi
miangnya pasti merenyam
kegatalannya
pasti
mencengkam.
Marilah sayang
datanglah kedakapan abang
akan kuhilangkan kegatalanmu itu
dengan menyiramkan
bianglalaku
ke atas dirimu.
Bersama kita bermandi keringat
di malam yang hangat.
ss/spl/pm ... 07/02/2013.
Mencongak kehidupan.
Mencongak kehidupan.
Dadu
dalam genggaman
masih dikocak
belum mahu dilontar
dalam
perhitungan.
Dadu
masih belum dilontar
hati berkata
besar atau kecilkah nanti
terus dikocak
jemari.
Dadu
seperti juga kehidupan
masih di genggaman
belum pasti
jalan yang diselusuri
berduri.
Dadu
lepaskanlah genggaman
lihatlah tarian
kehidupan pelangi
indah
berwarna-warni.
Di sudut kehidupan bak dadu.
ss/spl/pm ... 07/02/2013.
Dadu
dalam genggaman
masih dikocak
belum mahu dilontar
dalam
perhitungan.
Dadu
masih belum dilontar
hati berkata
besar atau kecilkah nanti
terus dikocak
jemari.
Dadu
seperti juga kehidupan
masih di genggaman
belum pasti
jalan yang diselusuri
berduri.
Dadu
lepaskanlah genggaman
lihatlah tarian
kehidupan pelangi
indah
berwarna-warni.
Di sudut kehidupan bak dadu.
ss/spl/pm ... 07/02/2013.
Tataplah kerinduanku.
Tataplah kerinduanku.
Berpalinglah sayang
tataplah aku
yang kedinginan
kesepian
akan dakapan kasihmu
setiap saat - setiap waktu
setiap masa bertamu,
kerinduanku
kembali
menyeru namamu.
Aku rindu padamu.
ss/spl/pm ... 07/02/2013.
Berpalinglah sayang
tataplah aku
yang kedinginan
kesepian
akan dakapan kasihmu
setiap saat - setiap waktu
setiap masa bertamu,
kerinduanku
kembali
menyeru namamu.
Aku rindu padamu.
ss/spl/pm ... 07/02/2013.
Hancur.
Hancur.
Alam hancur
kehidupan hancur
peradaban hancur
tamadun hancur
kekeluargaan hancur
masyarakat hancur
akidah hancur
kepercayaan hancur
toleransi hancur
keluhuran hancur
perlembagaan hancur
undang-undang hancur
duniawi hancur,
bayi-bayi baru lahir telah dilacur
akhirat bakal menyusul
anggota badan akan melecur.
ss/spl/pm ... 06/02/2013.
Alam hancur
kehidupan hancur
peradaban hancur
tamadun hancur
kekeluargaan hancur
masyarakat hancur
akidah hancur
kepercayaan hancur
toleransi hancur
keluhuran hancur
perlembagaan hancur
undang-undang hancur
duniawi hancur,
bayi-bayi baru lahir telah dilacur
akhirat bakal menyusul
anggota badan akan melecur.
ss/spl/pm ... 06/02/2013.
Berikan aku sebuah makna.
Berikan aku sebuah makna.
Berikan aku makna
dari realiti sebuah kehidupan
di atas dahan-dahan kayu muda
bergugusan dedaunan tua
menunggu masa
untuk gugur ke tanah
melata
dan berserakan
gugurnya.
Mungkinkah nanti
tunas baru akan menjelma
sebagai peneman
kedinginan
dahan-dahan kayu
yang kian tua.
Berikan aku maknanya.
ss/spl/pm ... 06/02/2013.
Berikan aku makna
dari realiti sebuah kehidupan
di atas dahan-dahan kayu muda
bergugusan dedaunan tua
menunggu masa
untuk gugur ke tanah
melata
dan berserakan
gugurnya.
Mungkinkah nanti
tunas baru akan menjelma
sebagai peneman
kedinginan
dahan-dahan kayu
yang kian tua.
Berikan aku maknanya.
ss/spl/pm ... 06/02/2013.
Kaya dalam kemiskinan, bermasyarakat.
Kaya dalam kemiskinan, bermasyarakat.
Aku, aku tak miskin
tidak juga berada
tidak perlukan kekayaan
untuk bermegah-megahan
cuma yang aku damba dan perlukan
kekayaan di dalam budi bahasa,
yang aku perlukan juga
sifat berkasih sayang
mengasihi dan mengasihani
kehidupan si miskin
makhluk sesama insan
juga hamba Tuhan,
membantu meringankan kehidupan mereka
yang boleh diibaratkan
kais pagi makannya di tengah hari
kais petang makan pula di waktu malam
hidupnya sentiasa bergelendangan
berselimutkan permaidani alam,
mengharapkan bantuan dan ikhsan
dari mereka yang berada
kaya, berlebihan wang
namun hakikatnya kikir dan fakir
tidak mahu membantu
meringankan hidup si miskin,
mereka hanya pandai memandang
di dalam keluhan yang amat panjang
mengeluh di dalam keresahan
memandang jijik kemiskinan
mencerca hidup si miskin
yang bergelandangan mencatur kehidupan.
Itulah kehidupan
yang tidak aku inginkan
kaya dalam kemegahan
miskin dalam kemasyarakatan
biarlah, aku kaya di dalam kemiskinan
dan kaya dalam hidup bermasyarakat.
ss/spl/pm ... 06/02/2013.
Aku, aku tak miskin
tidak juga berada
tidak perlukan kekayaan
untuk bermegah-megahan
cuma yang aku damba dan perlukan
kekayaan di dalam budi bahasa,
yang aku perlukan juga
sifat berkasih sayang
mengasihi dan mengasihani
kehidupan si miskin
makhluk sesama insan
juga hamba Tuhan,
membantu meringankan kehidupan mereka
yang boleh diibaratkan
kais pagi makannya di tengah hari
kais petang makan pula di waktu malam
hidupnya sentiasa bergelendangan
berselimutkan permaidani alam,
mengharapkan bantuan dan ikhsan
dari mereka yang berada
kaya, berlebihan wang
namun hakikatnya kikir dan fakir
tidak mahu membantu
meringankan hidup si miskin,
mereka hanya pandai memandang
di dalam keluhan yang amat panjang
mengeluh di dalam keresahan
memandang jijik kemiskinan
mencerca hidup si miskin
yang bergelandangan mencatur kehidupan.
Itulah kehidupan
yang tidak aku inginkan
kaya dalam kemegahan
miskin dalam kemasyarakatan
biarlah, aku kaya di dalam kemiskinan
dan kaya dalam hidup bermasyarakat.
ss/spl/pm ... 06/02/2013.
Menongkah hati.
Menongkah hati.
Sunyinya malam di lubuk sepi
rembulan bercahaya terang simpati
di langit tinggi sebagai saksi
diriku yang malang hidup bersendiri,
di malam ini aku menongkah hati
melayan sepi menghiburkan diri
bersyair sunyi menyambung melodi
melakar mimpi di dalam mimpi,
mengharapkan hati terubat sendiri
kelukaan berdarah akan terhenti
walau sembilu merencam sembunyi
kesedihan ini harus aku lewati,
tangisan di hati tidak berbunyi.
ss/spl/pm ... 06/02/2013.
Sunyinya malam di lubuk sepi
rembulan bercahaya terang simpati
di langit tinggi sebagai saksi
diriku yang malang hidup bersendiri,
di malam ini aku menongkah hati
melayan sepi menghiburkan diri
bersyair sunyi menyambung melodi
melakar mimpi di dalam mimpi,
mengharapkan hati terubat sendiri
kelukaan berdarah akan terhenti
walau sembilu merencam sembunyi
kesedihan ini harus aku lewati,
tangisan di hati tidak berbunyi.
ss/spl/pm ... 06/02/2013.
Galang ganti.
Galang ganti.
Saat malam kian beraksi
pawaka hitam menuding jari
bulan dan bintang menjadi saksi
dian di hati cahaya menyepi
alam sepi
ditakluki sunyi.
Unggun api kujadikan galang ganti.
ss/spl/pm ... 05/02/2013.
Saat malam kian beraksi
pawaka hitam menuding jari
bulan dan bintang menjadi saksi
dian di hati cahaya menyepi
alam sepi
ditakluki sunyi.
Unggun api kujadikan galang ganti.
ss/spl/pm ... 05/02/2013.
Pantun Hidup Bermasyarakat.
Pantun Hidup Bermasyarakat.
Pantai bernama Cinta Berahi,
mandi manda pakai pelampung;
hidup rakyat Raja dikasihi,
aman damai seluruh kampung.
Pohon bidara jatuhnya rebah,
jambu muda dimakan kelat;
beri memberi jiran muhibah,
bersatu hati hidup berdaulat.
Tuah bersedih membunuh Jebat,
kerana setia korban terikat;
tangan dihulur salam berjabat,
bergotong royong semangat masyarakat.
Jingga mentari di waktu petang,
senja kembali lanjutlah usia;
muhibah rakyat berkasih sayang,
satu masyarakat dalam Malaysia.
ss/spl/pm ... 05/02/2013.
2000 pm,
Nilai Negeri Sembilan.
Pantai bernama Cinta Berahi,
mandi manda pakai pelampung;
hidup rakyat Raja dikasihi,
aman damai seluruh kampung.
Pohon bidara jatuhnya rebah,
jambu muda dimakan kelat;
beri memberi jiran muhibah,
bersatu hati hidup berdaulat.
Tuah bersedih membunuh Jebat,
kerana setia korban terikat;
tangan dihulur salam berjabat,
bergotong royong semangat masyarakat.
Jingga mentari di waktu petang,
senja kembali lanjutlah usia;
muhibah rakyat berkasih sayang,
satu masyarakat dalam Malaysia.
ss/spl/pm ... 05/02/2013.
2000 pm,
Nilai Negeri Sembilan.
Selepas hujan.
Selepas hujan.
Jalan yang basah aku langkahi
mencari ketenangan di kalbuku ini
sunyi dan sepi kabus melengkari
rindu mencuit lemas di hati,
syair kehidupan berselimut sepi
radang di kalbu membuatku sunyi
kabut di hati menebal kini
bagai kuburan sebelum mati,
di mana nisan untuk kulawati
harus kutalkin sebelum kupergi
rawannya hati harus disembuhi
damai bernaung hidup bertopi,
biarlah syair kutamatkan di sini
harus kupateri akurnya janji
semoga jalanan berwarna pelangi
kabut menyepi cahaya kembali,
selepas hujan hilanglah daki.
ss/spl/pm ... 05/02/2013.
Jalan yang basah aku langkahi
mencari ketenangan di kalbuku ini
sunyi dan sepi kabus melengkari
rindu mencuit lemas di hati,
syair kehidupan berselimut sepi
radang di kalbu membuatku sunyi
kabut di hati menebal kini
bagai kuburan sebelum mati,
di mana nisan untuk kulawati
harus kutalkin sebelum kupergi
rawannya hati harus disembuhi
damai bernaung hidup bertopi,
biarlah syair kutamatkan di sini
harus kupateri akurnya janji
semoga jalanan berwarna pelangi
kabut menyepi cahaya kembali,
selepas hujan hilanglah daki.
ss/spl/pm ... 05/02/2013.
aku lepaskan
aku lepaskan
...aku lepaskan senja pergi
biar aku tinggal sendiri
mengenang indahnya memori
saat bersamamu meniti hari
moga malam membawa mimpi
bahawa kita pernah ada di sini
menikmati ciptaan Ilahi...
salam maghrib sahabat dihormati.
CNM
...aku lepaskan senja pergi
biar aku tinggal sendiri
mengenang indahnya memori
saat bersamamu meniti hari
moga malam membawa mimpi
bahawa kita pernah ada di sini
menikmati ciptaan Ilahi...
salam maghrib sahabat dihormati.
CNM
Cerminan Emosi
Cerminan Emosi
Manusia itu.
Sering menipu, ditipu dan tertipu.
Apakah masih hadir kebenaran atas setiap lakuan penipuan?
Payah untukku menafsir kerana aku hanya si bisu yang mampu melihat tanpa mampu melafaz.
Kuatkah aku dalam kebisuan ini?
Mana mungkin si bisu gagah tanpa suara,
Mana mungkin si buta teguh tanpa pandangannya,
Mana mungkin si tuli kuat tanpa dengarnya,
Mana mungkin aku?
Maaflah duhai teman seandainya lisan seringkali mendustakan bicara rasa hati melindungkan kesaksian abadi.
Aku insan lemah yang hanya mampu meminta pada yang Maha Esa agar diri ini sentiasa menjadi seorang yang mendamaikan
Bukan sekadar di balik cerminan dimensi.
Aisis Raudhah 0107hr 030213~
Manusia itu.
Sering menipu, ditipu dan tertipu.
Apakah masih hadir kebenaran atas setiap lakuan penipuan?
Payah untukku menafsir kerana aku hanya si bisu yang mampu melihat tanpa mampu melafaz.
Kuatkah aku dalam kebisuan ini?
Mana mungkin si bisu gagah tanpa suara,
Mana mungkin si buta teguh tanpa pandangannya,
Mana mungkin si tuli kuat tanpa dengarnya,
Mana mungkin aku?
Maaflah duhai teman seandainya lisan seringkali mendustakan bicara rasa hati melindungkan kesaksian abadi.
Aku insan lemah yang hanya mampu meminta pada yang Maha Esa agar diri ini sentiasa menjadi seorang yang mendamaikan
Bukan sekadar di balik cerminan dimensi.
Aisis Raudhah 0107hr 030213~
ANGGUK GELENG
ANGGUK GELENG
Satu biasa
Dua banyak
Tiga sikitsikit
Empat jarangjarang
Tanya dia
geleng mencuka
pinggan mangkuk melayang
apa kurang
Tanya aku
tidak luah mudah
idam pendam diam
ssss…. gitu
Tanya mereka
angguk setuju kaumku
Anda bagaimana?
….. kesian.
yahyaisa
Segamat Johor
03022013
Satu biasa
Dua banyak
Tiga sikitsikit
Empat jarangjarang
Tanya dia
geleng mencuka
pinggan mangkuk melayang
apa kurang
Tanya aku
tidak luah mudah
idam pendam diam
ssss…. gitu
Tanya mereka
angguk setuju kaumku
Anda bagaimana?
….. kesian.
yahyaisa
Segamat Johor
03022013
BICARA ATMOSFERA
BICARA ATMOSFERA
Atmosfera berbicara
peraturan perjalanan metafizika
mengadun biohayat kimia
kejadian alam
bulan tidak menggeser mentari
Bumi tidak melanggar Marikh
planet patuh dalam orbit ketentuan
siang malam tidak bercanggah
pasang surut ada aturan
suria senyum menyimbah sinar
tidak pernah mengeluh
bersama hujan menyubur benih
ukhuwah erat terjalin
graviti pengikat kasih
Mengapa
khalifah pemegang amanah
sempurna akal kejadian
diberi panduan risalah
jiwa kacau bertelagah arah
kasih sayang goyah
perang, dendam
bercambah
kufikir
kutafsir
minda fakir.
yahyaisa
Segamat Johor
03022013
Atmosfera berbicara
peraturan perjalanan metafizika
mengadun biohayat kimia
kejadian alam
bulan tidak menggeser mentari
Bumi tidak melanggar Marikh
planet patuh dalam orbit ketentuan
siang malam tidak bercanggah
pasang surut ada aturan
suria senyum menyimbah sinar
tidak pernah mengeluh
bersama hujan menyubur benih
ukhuwah erat terjalin
graviti pengikat kasih
Mengapa
khalifah pemegang amanah
sempurna akal kejadian
diberi panduan risalah
jiwa kacau bertelagah arah
kasih sayang goyah
perang, dendam
bercambah
kufikir
kutafsir
minda fakir.
yahyaisa
Segamat Johor
03022013
PUISI TANPA TAJUK
PUISI TANPA TAJUK
Pada darah yang mengalir
resah bersarang kita usir
walau sekadar sebutir pasir
segala bejat perlu disingkir
jangan cempedak berbuah nangka,
perelokkan akhlak berbaik sangka
musuh bertandang sukar dijangka
persiapkan diri jangan terleka.
diberi susu disimpan jangan
baik diminum untuk kesihatan
anak bangsa kita bangunkan
biar tersedar dari lamunan
wahai anakku bangun segera
redahlah lautan cari mutiara
kejarlah ilmu sampai menara
hidupmu kelak tidak sengsara.
yahyaisa
Segamat Johor
04022013
Pada darah yang mengalir
resah bersarang kita usir
walau sekadar sebutir pasir
segala bejat perlu disingkir
jangan cempedak berbuah nangka,
perelokkan akhlak berbaik sangka
musuh bertandang sukar dijangka
persiapkan diri jangan terleka.
diberi susu disimpan jangan
baik diminum untuk kesihatan
anak bangsa kita bangunkan
biar tersedar dari lamunan
wahai anakku bangun segera
redahlah lautan cari mutiara
kejarlah ilmu sampai menara
hidupmu kelak tidak sengsara.
yahyaisa
Segamat Johor
04022013
Seraut Wajah
Seraut Wajah
Seraut wajah kutatap
indah menawan bagaikan bulan purnama
wajah tenang bagaikan tiada masalah dalam hidupnya
dan kuntuman senyumnya manis bak madu tualang.
Seraut wajah yang mendamaikan jiwa
damai dan bahagia
kurenung dengan neraca hati
alangkah sungguh indah si pemiliknya.
Seraut wajah anugerah Maha Esa
ciptaan Tuhan yang Maha Kaya
indah dan sempurna...
isma_iaf
Seraut wajah kutatap
indah menawan bagaikan bulan purnama
wajah tenang bagaikan tiada masalah dalam hidupnya
dan kuntuman senyumnya manis bak madu tualang.
Seraut wajah yang mendamaikan jiwa
damai dan bahagia
kurenung dengan neraca hati
alangkah sungguh indah si pemiliknya.
Seraut wajah anugerah Maha Esa
ciptaan Tuhan yang Maha Kaya
indah dan sempurna...
isma_iaf
CENGAL WARISAN
CENGAL WARISAN
Taufan mengganas
tunjang goyang, cengal rebah
dedahan patah
dedaun warisan berderai
batang dikerat lumat
petapa gunung senyum puas
bebas
pepohon Ratu membiak subur
semaian berdekad yang lebur
bunga bangsa hancur
pepohon renek bukan halangan
lalang ditiup angin
atau deduit menumpang
rebah tunjang pasti kering
petapa hebat
bebenih cengal semua dikerat
pantang tinggi ditakek
akar dikorek
petapa!!
ingatlah
bebenih cengal tidak habis
semangat tidak terhakis
ramai pelapis
petapa
bangsamu bukan pengemis
pepohon Ratu kami tangkis
sumpah pewaris.
yahyaisa
Segamat Johor
04022013
Taufan mengganas
tunjang goyang, cengal rebah
dedahan patah
dedaun warisan berderai
batang dikerat lumat
petapa gunung senyum puas
bebas
pepohon Ratu membiak subur
semaian berdekad yang lebur
bunga bangsa hancur
pepohon renek bukan halangan
lalang ditiup angin
atau deduit menumpang
rebah tunjang pasti kering
petapa hebat
bebenih cengal semua dikerat
pantang tinggi ditakek
akar dikorek
petapa!!
ingatlah
bebenih cengal tidak habis
semangat tidak terhakis
ramai pelapis
petapa
bangsamu bukan pengemis
pepohon Ratu kami tangkis
sumpah pewaris.
yahyaisa
Segamat Johor
04022013
Siapalah aku
Siapalah aku
Bila hati terluka
bibir tak mampu berbicara
hanya airmata
yang bercerita
tentang luka
yang amat dalam
Aku umpama
angin lalu bagimu
ada tiada
tidak memberi erti
kasih sayangku
bagai duri sembilu
untukmu...
Hanya tangis
dalam pasrah
demi kasih yang tidak berbelah
aku rela walau
diri tidak di endah
Cahaya laila
Bila hati terluka
bibir tak mampu berbicara
hanya airmata
yang bercerita
tentang luka
yang amat dalam
Aku umpama
angin lalu bagimu
ada tiada
tidak memberi erti
kasih sayangku
bagai duri sembilu
untukmu...
Hanya tangis
dalam pasrah
demi kasih yang tidak berbelah
aku rela walau
diri tidak di endah
Cahaya laila
Subscribe to:
Posts (Atom)