Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, February 11, 2013

Siapalah aku

Siapalah aku

Bila hati terluka
bibir tak mampu berbicara
hanya airmata
yang bercerita
tentang luka
yang amat dalam

Aku umpama
angin lalu bagimu
ada tiada
tidak memberi erti
kasih sayangku
bagai duri sembilu
untukmu...

Hanya tangis
dalam pasrah
demi kasih yang tidak berbelah
aku rela walau
diri tidak di endah

Cahaya laila

RAWAN HATIKU 3

RAWAN HATIKU 3

Ya Rabb
aku yang sedang memeluk kesedihan ini
hatiku yang rawan
KAU Yang Maha Menyaksikan
aku cuma insan
penuh kelemahan

Namun Ya Rahman
aku mohon kekuatan..
agar hatiku sentiasa dalam ketabahan
Tika hatiku bagai dilambung gelora di tengah lautan

Ya Rahiim
aku hamba-Mu memohon belas kasihan
hantarkan aku ke tepian
hakikatnya aku bukan perenang
kuharapkan segala pertolongan-MU
akulah hamba-MU yang serba tak mampu.
usah biarkanku karam

Ya Rabb
hembuskan di jiwaku keyakinan
agar aku terus dapat bertahan
redha-MU yang amat aku harapkan
pinjamkanlah aku kesabaran-MU
tanpa-MU
tak mungkin sesekali kumampu

Norlidar Lidon
04.02.2013
5.30 A.M.

SAHABAT

Aniey Noor
SAHABAT
begitu la hidup ini
penuh perit jerih
penuh suka duka
kadangkala kehidupan ini seperti pelangi
kadangkala kehidupan ini seperti tsunami..
kadangkala tersungkur tiada tangan yang menghulur
kadangkala rebah mereka hanya melihat
begitulah hidup ini sahabat.....
tabah kan hatimu
pasakkan semangatmu
seandainya tiada satu manusia pun bersamamu di atas dunia ini
ingatlah...DIA YANG SATU....tidak pernah meninggalkanmu..

Reda.

Reda.

Biarkan
dan relakanlah
cinta itu
pergi
menyepikan diri
dari cinta itu
dibuat
barang dagangan,

dijual
dan dibeli kembali
sesuka hati.

Biarkanlah.

ss/spl/pm ... 04/02/2013.

Lumrah kehidupan.

Lumrah kehidupan.

Putik bunga terbias hujan
basahnya kuyup dalam jambangan
hati duka dibiar jangan
rawatlah segera sebelum kesiangan,

putik bunga menjadi harapan
mekarnya dinanti buat sanggulan
kecewa cinta lumrah kehidupan
telah terukir zaman berzaman,

putik bunga merah kehitaman
menjadi lambang semangat perjuangan
terluka hati berdarah dalaman
bangkitlah teman teruskan impian,

usahlah cinta dijadikan tuan.

ss/spl/pm ... 04/02/2013.

Geruh Bernoda.

Geruh Bernoda.

Geruh yang melanda
pekat berkeladak di muka muara
namun dasar tiada tersangka
mungkinkah sama
atau gelora datang berpuaka.

Bukalah mata bukalah minda
perhatikan keadaan sebelum merencana
berkayak rakus ada natijahnya
kelak cedera
berdarah kubur nisannya tiada.

Begitu juga bila berkata
sesedap rasa melepaskan bicara
tanpa berfikir akan kesannya
mungkinkah minda
mengelabui di pandangan mata.

Apa dirasa adakah kebenarannya
dikambing hitam sesuka rasa
syarat yang jelas kepatuhan dipinta
sindiran dirangka
kepada yang tiada dalam itu cerita.

Bermuhasabahlah sebelum bernoda.

ss/spl/pm ... 03/02/2013.

Nafsumu hebat.

Nafsumu hebat.

Burung oh! Burung.

Di dalam sangkar engkau ditambat
terpasung belikat hajat tersekat
namun nafsu tidak terikat
terlihat jantan berbunyi hebat
dengan pantas memasang hasrat
ingin ditakluk ingin dipikat.

Sedarlah kauburung sedang tertambat
jangan maksiat yang engkau dekat
amalkan gaya hidup yang sihat
jantanmu yang ada masih berkudrat
masih kuat masih bersemangat
di atas ranjang beraksi ligat.

Bendunglah nafsu agar bertempat.

ss/spl/pm ... 03/02/2013.

Impian dan Harapan.

Impian dan Harapan.

Aku berdiri di sebuah jambatan
mencongak jari membuat pilihan
tiga titian menjadi hamparan
mana pilihan yang harus dilestarikan
sebagai pilihan yang diutamakan
terhijab impian
teguhnya sebuah harapan.

Kasih dan sayang dambaan insan.

ss/spl/pm ... 03/02/2013.

Kufur.

Kufur.

Syair hidup tiada berkapur
siulan takbur mengundang kufur
berdengung bagai seekor sesibur
patah sayap
jatuhnya tersungkur,

kerana takbur sesibur tersungkur
jasad kering sayap bertabur
tiadalah nisan untuk dimasyhur
di situ jasad
pernah berkubur.

Siulan kufur tidak bersyukur.

ss/spl/pm ... 03/02/2013.

Kuburan Cinta.

Kuburan Cinta.

Telah kumatikan
rasa cinta
buat diriku waktu ini
kukuburkan cinta
di dasar lubok
yang paling dan amat dalam
tidak terjangkau
tidak akan terpampang
dan,
kubiarkan sahaja
... cintaku
bertalkin tiada
tiada pula bernisan
dan ... ,
tidak akan dapat
dikesan.

Jenazah cintaku.

ss/spl/pm ... 03/02/2013.

Kesinambungan.

Kesinambungan.

Sekali lagi
kisah kehidupan semalam
telah terlipat
di dalam lembaran sejarah
dan hari ini
titik-titik kehidupan
akan bersambung semula
melakari
dan menconteng
kisah-kisah perjuangan
semalam.

Hidup harus diteruskan.

ss/spl/pm ... 03/02/2013.

Gambaran Cinta.

Gambaran Cinta.

Berikan aku
satu gambaran tentang diri kita
'kan kunukilkan sebuah madah
tentang cinta.

Berkisarkan
asmara dan kasih sayang
beriringan pertemuan
di dakapan rindu.

Asmaramu, asmaraku
akan bersatu menjadi lagu
beriringan
sebuah kenangan.

Oh! Sayang, oh! Sayang,
oh! ... sayangku.

ss/spl/pm ... 02/02/2013.

Makna sebuah mimpi.

Makna sebuah mimpi.

Semalam aku bermimpi
di mimpiku ... ,
aku berdiri di sebuah tanah lapang
ada dua anak kali bersambungan
di antara satu sama lain
mengalirkan air ke lembah yang gersang,

perlahan alirannya ... ,
namun tetap mengalir tanpa jemu
tanpa terempang
dek lopak yang mengempang
tanpa terhalang
dek rumpai yang menghalang,

namun ... ,
kemusykilan bermain di benak hamparan
di manakah airnya akan disalirkan
terputuskah salirnya di tengah perjalanan
berpenghujungkah salirannya nanti
dan sampaikah ke destinasi yang ditujui.

Ahh!... semuanya kabur
belum pasti
dan di waktu itu aku terjaga
dalam mencongak makna
sebuah mimpi,

sebuah makna yang tersembunyi.

ss/spl/pm ... 02/02/2013.

CINTA.



Cinta itu perjuangan
jitu
tanpa petualang
bukan seperti pelangi petang
menghilang
apabila malam menjelang
ditiup bayu
bergelandangan.

Cinta itu bukannya permainan
terkeliru
apa mahunya kamu
di waktu resah
berdagang dan berjualan
di waktu senang
hilang
tiada perkhabaran.

Bukannya kepura-puraan.

ss/spl/pm ... 02/01/2013.

Galau fikiran.

Galau fikiran.

Galauku
seperti langit senja
berbalar
di biasan laut menyurut
fatamorgana sepi

dalam riuh
sang camar pulang
rezeki dihidang
ketam, plankton
dan udang

dibawa pulang ke sarang
anak-anak riang
girang
induknya rawan
galau fikiran

... mencongak resah.

ss/spl/pm ... 01/02/2013.

Hanya Satu.

Hanya Satu.

Hanya satu
tiada dua tiada tiga
dan tiadalah pula beranak
dan diperanakkan
hanyalah satu,

Dia-lah
Tuhanku yang Satu.

ss/spl/pm ... 01/02/2013.

Keindahan sebuah rasa.

Keindahan sebuah rasa.

Aku kini berdiri tenang
terbuka minda di rekahan dada
tiada lara
tiada duka nestapa
bagai air terjunan desa
tenang mengalir
berjuraian dan berderaian
meresapi
di seluruh temulang kota.

Indahnya rasa.

ss/spl/pm ... 01/02/2013.

Degupan rindu.

Degupan rindu.

Sayang dengarkanlah
denyut nadiku berdegup
bergema di hati
berlagu di sanubari
berduet melodi,

rindu menari.

ss/spl/pm ... 01/02/2013.

Thursday, January 24, 2013

MENEROKAI ERTI

MENEROKAI ERTI

Peluklah lautan akal
dalami dasarnya
mutiara minda bercahaya

genggamlah mentari
panas membakar semangat
jiwa membara

tujulah langit
pemangkin usaha jaya
cemerlang dicipta

terokailah bumi
mengintai khazanah berharga
tiada lapar dahaga

selaklah qalam
panduan penyuluh terang
hidup tiada sesalan

gaullah semua
nikmat berlipat ganda
dunia akhirat selamat

yahyaisa
Segamat Johor
24012013

Keroncong rindu untukmu

Keroncong rindu untukmu

Di redup senja ini
kulihat hatiku termenung
menatapkan rindu yang tersepi
lalu kubisikkan resahku di inai mentari
agar redupkanlah hatinya di hujung pelangi sana.

Oh...angin petang sampaikanlah rinduku
agar dia tiada sendirian menyapa pilu
kubuka jendela hati menanti lambaianmu
berhembus dalam rindu mengelek sepiku.

padamu awan kukirimkan warkah senduku
agar jangan mendung menghiasi senja merindu
kurampaikan lambaian doaku di langit yang silu
agar titis duka terpadam di raut wajah manismu.

padamu sayang kudodoikan keroncong pilu
agar mawar birumu tersenyum menantiku
kutahu hatimu menitis resah melihat rembulan
di sinar itu kita pernah menatap di kala kerinduan

dan pada titip pepohon pandangmu
usahlah kautitiskan dedaun duka
buatmu sayang jangalah kaumenangis
kutetap di sisi mengesat airmatamu
kerana antara kita ada garis tangis yang berpanjangan...

Lezaihasra Lm...
Besut, Terengganu.
21.01.2013