Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, May 13, 2013

IBU

IBU

Ibu
Apa lagi yang dapat kukatakan
tentang diri dan kasih sayangmu
kesempurnaanmu telah nyata
bukan sekadar di mata
tetapi di seluruh jiwaku.

Ibu
apa lagi yang dapat kuceritakan
tentang pengorbananmu
yang telah engkau buktikan
bukan sekadar dengan perbuatanmu
tetapi dengan seluruh rasa
kasih sayang dan keikhlasanmu.

Ibu
apa lagi yang dapat kukatakan
tentang satu cinta
yang engkau berikan pada anak-anakmu
kerana sememangnya telah nyata
satu-satunya cinta yang paling suci
adalah cintamu untuk anak-anakmu.

Ibu
biarpun aku telah kehilanganmu
kehilangan yang hanya pada jasadmu
namun di hati dan di jiwaku
engkau tetap kekal bertakhta selamanya
kerana adalah perkara paling mustahil
untuk aku menemui kembali
cinta yang sesuci cintamu
di dunia ini.

Qalam Bertinta
13052013
1709pm

No comments:

Post a Comment