Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, May 12, 2013

HARI INI MENGUNDI

HARI INI MENGUNDI

Hari ini mengundi
keluar rumah awal pagi
jalan sesak perlu lalui

hari ini mengundi
kutoleh kanan kiri
gadis manis berdiri

hari ini mengundi
semak nama nombor siri
beratur berdiri menanti

hari ini mengundi
calit dakwat kuku jari
dapat kertas undi

hari ini mengundi
kusilang kanan kiri
kotak calon pilihan hati

hari ini mengundi
kulipat kertas undi
masuk peti dengan teliti

hari ini mengundi
naik kereta free
duduk macam menteri

hari ini mengundi
balik rumah rehat diri
isteri manis buat kopi

hari ini mengundi
minum kopi buka tv
suasana mengundi sana sini

hari ini mengundi
tidak sabar menanti
tunggu keputusan rasmi

hari ini mengundi
sana sini beraksi
komenter analisa diberi

hari ini mengundi
senarai parlimen negeri
keputusan terkini belum lagi

hari ini mengundi
baring duduk bangun diri
keputusan rasmi tengah malam ini

yahyaisa
Segamat Johor
05052013

No comments:

Post a Comment