Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, May 12, 2013

SEKALI KAUBOHONG

SEKALI KAUBOHONG

Sekali kaubohong
tertanam kesangsian
pudar keyakinan
berzaman-zaman

sekali kaubohong
bicaramu omong kosong
banyak berselindung
terang pencong

sekali kaubohong
ayatmu gantung-gantung
tanpa fakta menyokong
macam kelentong

sekali kaubohong
kerana mencari untung
sana sini dipotong
derita tanggung

sekali kaubohong
menjaja seluruh kampung
saham ini untung
ternyata kosong

yahyaisa
Segamat Johor
05052013

No comments:

Post a Comment