Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, May 12, 2013

HARI INI AKU GURU

HARI INI AKU GURU

Hari ini aku guru pengukir zaman
tunas-tunas bangsa ke puncak kupandu
mendepani cabaran masa

hari ini aku guru cakna wawasan
menggilap permata kilauan berlian
menyemai benih-benih ilmuan

hari ini aku guru peraut modal insan
subur intelek berakhlak mulia
berketrampilan pelbagai bidang

hari ini aku guru berhadapan cabaran
membina pemimpin masa depan
mengharungi globalisasi

hari ini aku guru pencetus wacana
negara bangsa kutanam 1inspirasi 1agenda
1matlamat 1tujuan utuh perpaduan

hari ini aku guru pelaksana dasar
penyambung wadah mendidik bangsa dengan sabar
tanganku intelek mekar

hari ini aku guru pembina budaya
bangsa maju saingan juara
kreativiti inovasi dicipta

hari ini aku guru dirai hari jadi
tanda jasaku dihargai
terima kasih cikgu

yahyaisa
Segamat Johor
08052013

No comments:

Post a Comment