Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, May 12, 2013

~~KELONGSONG JIWA~~

~~KELONGSONG JIWA~~

Unjuran kesepian
bersatu dalam penyeksaan
fatwa penantian
berbaur penderitaan
bisikan kerinduan
bertamu dan bersatu di sudut kelongsong jiwa
seketika bertaburan, berserakan lantas bersatu bertaup semula

Lalu kuukirkan senyum dalam tangisan
kulakari tawa di birai hati
kulakonkan riang menabir sengsara
agar terhijab semuanya

kita berdua...
laksana dua bulan separuh di langit malam nan kelam...
hampa dan keliru menyelubungi
serasa bumi tak mencukupi apatah lagi mencakupi sang langit tinggi

...dan beralah pergi mungkin pengakhiran yang tersurat...

~~Vivianurazura~~

No comments:

Post a Comment