SUMPAH SETIA
Punya aku harapan
mengekal membangun warisan
menjana pembangunan
mengelek budaya pusaka
bangsa santun leluhur budi
dalam tegur berlapik kias
dalam marah melontar senyum
menyunting risik menyusur adab
pantun dilontar mesra berbalas
tolak terima terasa puas
kukuh ikatan kerana muafakat
umpama air bulat dibentung
bersatu hati memikul beban
bersama menjinjing ringan
pantang musuh datang menyerang
beralas lengan berkota betis
biar merah dada rebah
asal tidak berputih mata
sumpah taat sumpah setia
ditentang Jebat walau saudara
tidak Melayu hilang pusaka
taat Tuah tiada taranya
bahasa diangkat bahasa diapung
perintah raja sembah dijunjung
biar mati anak, jangan mati adat
agama didaulat
yahyaisa
Segamat Johor
22052013
No comments:
Post a Comment