Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, May 1, 2013

SAKITNYA HATI INI

SAKITNYA HATI INI

siapa di hatimu,
aku tidak kisah asalkan ada kejujuran,
katakanlah bahawa kamu milikku,
ikhlas di dalam percintaan,
tulus di dalam lembah restu,
nazam kisahkan menyisih segenap rawan,
yang ada di hatimu itu,
adalah aku tidak dihempit bayangan.

hati siapa yang tak sakit,
andai dimanja kemudian dibelit,
tanda kasihku terpalit raesah sakit,
isi rindumu jauh dariku melirik tertambat.

indah yang ada kini bermega kelabu,
nifak itu sebenarnya adalah kamu memburu rindu,
intim memayungi namun mata hati menoleh jauh dariku.

Bayu
Semporna,Sabah.
090413.

No comments:

Post a Comment