~♥ Lelaki Seperti Aku ♥~
 
 Sememangnya tidak ada lelaki sepertiku
 namun ada yang lebih baik ramai di kelilingmu
 maka tidaklah perlu dikau bersedih
 kerana mereka pasti akan merisik hatimu nan khali
 
 Sememangnya tidak ada lelaki sehebat aku
 namun ada yang lebih hebat dariku
 kerana aku hanya insan khilaf
 yang senantiasa lemah dengan godaan duniawi
 
 Sememangnya tidak ada lelaki setampanku
 namun tetap ada lebih banyak tampan dariku ini
 janganlah putus asa kerana cinta itu tetap ada
 kesetiaan cinta akan tiba bila masanya ditentukan Alhadiat
 
 Sememang tidak ada lelaki seksi sepertiku
 namun tetap ada lebih seksi tetap banyak
 maka itu mereka adalah pilihanmu
 tidak perlu merendahkan diri
 merekalah pilihanmu di mana-mana sahaja
 
 Kata Bantu :
 Khali – sunyi/ kosong
 Alhadiat – yang berkuasa
 
 ~ WENA - Kota Singa - 21/05/2013
No comments:
Post a Comment