Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, May 20, 2013

KEMELUT.

KEMELUT.

Wahai ibu
halalkanlah susumu
usah dilakonkan watak
rahim bukan kotak.

Wahai anak
hargailah jasa emak
aib siapa yang kaubuka
ingat Allah murka.

Wahai insan
jadikanlah pedoman
mahukah jadi si Tanggang
hidup tunggang langgang.

Wahai aku
sucikanlah hati selalu
ada sisipan diberi
kenangi budi.

Syurga itu ... tetap di bawah telapak kaki ibu.

ss/spl/pm ... 19/05/2013.

No comments:

Post a Comment