Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, May 24, 2013

JURANG WAKTU

JURANG WAKTU

janganlah pandang tanah liat terlalu kotor dan menjijikan,
kemudian menyanjungi diri yang berkulit putih bersih,
kerana di antara keduanya kitalah pemilik kitalah tuan,
jurang waktu mencatatkan besarnya sebuah rumah,
seluas sunyi lebar tanah rata perkuburan,
kain kapan itu tidaklah semahal baju berjenama sangkut di rumah,
memandu kereta besar sebenarnya bagaikan keranda pilihan,
selepas jurang waktu berdanau kita tidak lagi wangi berwajah gagah,
atau antun rupa bergaya dan tampan,
kecali wangian kapur barus diri sudah dijajah,
tubuh telah kakuh merata iringi kepulangan jalan hidup akhiran.

Bayu
Mersing,Johor.
210513.

No comments:

Post a Comment