Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Friday, May 24, 2013

INSAN

INSAN

Nadi yang berdenyut
mengalirkan darah-darah hanyir
dari kebusukan nista
dan keindahan budi
adalah saksi bisu
pada kemurnian hati.

Sanubari menyimpan rahsia
ungkap bibir riuh bercerita
gerak tubuh bersahaja
tentang ikhlas
dendam tergalas
tulus dan belas
hanya pekerti yang mengerti.

Kiraman Katibin penentu ihsan
Atib dan Raqib pilu terkedu
bila bicaramu melulu
dan tersenyum melirik
pada keindahan kata.

Pada Dia
raja segala semesta
pergantungan harap
kita datang bertelanjang
bila pulang
biar meraih menang.

SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
21 Mei 2013
8.27am

No comments:

Post a Comment