Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, May 20, 2013

INI ANGKA: LU FIKIRLAH SANA

INI ANGKA: LU FIKIRLAH SANA

20-27 sasar tuju
berat pikul atas bahu
ikut orang maju

50 ceiling tetap
kita mantap tegap
48 bawah atap

6 nombor baik
sikit kita naik
jana cantik

dulu pasaraya
sudah lama kena
kini merata

orang kampung orang bandar
otak sudah putar
tengah bulan sandar

jangan sebut fasal upah
diam dah
pelabur marah

ada angguk ada tentang
orang kampung tercengang
pangkah menang

dulu sudah tangguh
sekarang tumbuh
jangan kecoh

aku apa peduli
jalan sana jalan sini
orang isi tangki

500 selesa
5 tahun merana
duka

ini bukan angka biasa
angka mengena
lu fikirlah sana

yahyaisa
Segamat Johor
19052013

No comments:

Post a Comment