Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, May 20, 2013

BILA RINDU HADIR

BILA RINDU HADIR

Buah Markisa dipetik Pak Lang,
letak sedulang di depan beranda,
hatiku di sini meronta untuk pulang,
pulang untuk menemui bonda.

buah Ara dari Aceh Banda,
buah Mengkudu dibawa ke kota,
akanku pulang menemui bonda,
nantikan sahaja wahai bonda tercinta.

beli lada di Pekan Asahan,
beli sama tepung dan Durian,
wahai bonda bukanku tak kasihan,
andai saja kau tahu jiwaku yang kesepian.

wahai bonda, bondaku sayang,
anakmu jauh di perantauan,
membilang hari untuk pulang,
InsyaAllah...semuanya adalah ketentuan.

wahai bondaku sayang, lama juga tidak bertemu,
andai saja dirimu tahu,
airmata kerinduan sering saja bertamu,
hanya Allah sahaja yang tahu.

ZIE 17/05/2013

No comments:

Post a Comment