Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Thursday, November 7, 2013

Syair November

Syair November

November akan menjelma lagi
tiba musim anak-anak cuti
ibu bapa mula susah hati
anak siapa nak perhati

November akan muncul lagi
tiba musim banyak kenduri
sana sini jemputan tak henti
kenyang perut suka hati

November akan datang lagi
tiba musim masuk jawi
mudim sibuk kalahkan menteri
potong sana potong sini

November akan bertandang lagi
tiba musim hujan membanjiri
nelayan termenung susah hati
laut bergelora hilang rezeki

November akan menyusul nanti
tiba musim sekolah bercuti
dapatlah cikgu rehatkan diri
beri tumpuan hal peribadi.

CNM, 28/10/13, KHS.

No comments:

Post a Comment