Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, November 2, 2013

Silap akukah?

Silap akukah?
(Kecindan)

Sudah kubilang
sejak dulu
sudahku kuajari
sekian waktu
setengah abad berlalu
masih kutemui
jawapan pelik-pelik
daripada anak didikku

satu pagi
seorang murid tahun satu
bangun dengan lagaknya
jari telunjuk ke kiri ke kanan
digoyangkan diarahkan kepadaku
'hahah...lantak, teacher mencarut.
kita cakap dengan emak kita,teacher mencarut!'
diulanginya sekali lagi

aku kehairanan
jemariku dimulut
apakah aku tersilap menyebut
Ya Allah, anak kecil ini cuba mendugaku!
set induksiku baru bermula
kuperkenalkan perkataan 'play'
untuk meningkatkan perbendaharaan kata
Bahasa Inggeris mereka
tunjukcara sebutan yang betul
dengan gerak bibir dan lidah
latihtubi berterusan

'teacher, play tukan benda kitaorang
tak baik tau teacher mencarut'
sambil jari jemari
anak didikku bertuah itu
menunjukkan ke arah
zip seluar sekolahnya
sedangkan yang lain
sudah ketawa terbahak-bahak

Merona merah mukaku
termalu-malu
aku sudah terkena dengan mereka
aku turut ketawa
dalam hati geram
bahasa daerah
menjadikan makna berbeza
walaupun bunyi dan sebutannya
sama
'play dan tut...tut'

hahahahahaha...
mereka terus ketawa
'lantak, teacher mencarut!
diulanginya
aku demam dua hari
kerana terkejut

budak itu sangat berani
celupar dan jujur
aku terkesima!
dituduh mencarut...
'aduhai anak didikku
teacher malu...'

Cma
9.19 pagi
271013

No comments:

Post a Comment