Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, June 15, 2013

Cerpen: AKU SEORANG JAGA bab 3~MABUK~

Cerpen: AKU SEORANG JAGA bab 3~MABUK~

Selepas kes aku kena bambu dengan bos aku sebab aku terlelap ketika bertugas tempoh hari...aku dengan bos menjadi akrab...bagaikan belangkas, jantan dan betina yang tak mampu dipisahkan...waktu aku bertugas aja pasti dia datang...bukan apa...aku tahu...dia nak tengok sama ada aku lelap lagi atau tidak...baikkan bos aku tu...hampeh...hik hik hik.

Nak jadi cerita...keakraban aku dengan bos aku amat istimewa...mana taknya...hampir tiap-tiap malam bos aku akan datang membawa sebungkus nescafe panas untuk aku...takut aku terlelap...sambil-sambil tu dia suka bercerita tentang kisah dia.

Bos aku ni bernama Sarip...bukan Sarip Dol samseng kampung dusun ya...Sarip Diol...ada darah hindustan...sebab tu nama bapak dia Diol...hik hik hik...jangan marah bos kalau bos terbaca cerpen ini.

Salah satu kisah dia yang amat menarik hati aku ialah kisah tentang sewaktu dia baru mula bertugas di syarikat aku berkerja ini...kisah tentang budak-budak yang terlebih 'enjoy' bila dapat gaji baik lelaki atau perempuan...sama aja.

Kalau dah terlebih 'enjoy'...mabuk...apa lagi...ada yang balik ke asrama terkangkang-kangkang, merangkak tak cukup bumi dan ada juga yang tergolek kat atas tangga asrama ini...kesian...tulah...orang cakap jangan mabuk...nak mabuk gak...kan kerja tak berfaedah tu...dah lah haram...kalau yang bukan islam tu aku tak kisah juga...bos aku cakap ya...aku dengar aja dan cerita semula buat tatapan semua.

Tapi kan...memang haram pun...yang dorang ni budak-budak islam pi ikut budak-budak Sarawak yang bukan beragama islam minum buat apa...memang sengaja nak cari bala...mabuk satu hal...tak cukup tangga satu hal...yang minta didukung bawa naik atas pun satu hal...perempuan lak tu...ini bos aku cerita ya...bukan aku...aku baik...

Kita sambung lagi akan kisah dari kisah yang bos aku kisahkan...berapa banyak kisah daaaaaaa...hik hik hik.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment