Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, June 15, 2013

Cerpen: AKU SEORANG JAGA bab 2.

Cerpen: AKU SEORANG JAGA bab 2.

Bayang lembaga yang berada di tingkat 3 bangunan yang ghaib tiba-tiba dari pandangan mata aku tiba-tiba muncul di hadapan mata aku semula...kali ini benar-benar di hadapan mata aku...tersembul biji matanya menatap mata aku...aku janganlah cerita...terbeliak biji mata lantas menggigil seluruh badan ketika itu...tak sempat nak baca apa-apa surah yang aku ingat waktu itu...ketakutan menguasai.

Lembaga yang muncul tiba-tiba di hadapan mata aku tiba-tiba memberi salam...

"Assalamualaikum...assalamualaikum..."

Aku yang kaget tidak dapat bersuara membalas salamnya...kerana terlekat suaraku di kerongkong...hanya yang dapat aku lakukan...menginsat-insat biji mata yang hampir terkeluar bijinya...hampir terjatuh ke lantai.

"ASSALAMUALAIKUM"

Makin keras suara lembaga itu memberikan salamnya...dan akhirnya aku gagahkan juga diri aku untuk bersuara, membalas salamannya tadi.

"Waalaikumussalam bos...bos buat apa kat sini malam-malam buta ni bos...bos tak reti nak tidur ke kat rumah..." panjang pula aku berkata-kata yang pada mulanya suara itu amat tersekat dalam kerongkong aku.

"Banyaklah cekadak awak...yang awak ni saya beri gaji untuk bertugas ke untuk tidur...kalau nak tidur pergi balik rumah tak payah bertugas...menyusahkan saya aja untuk datang meronda" bentak bos aku tadi...

"Alamak bos...'i say...you are my friend'...janganlah marah...nanti hilang macholah bos...bini lari" jawap aku kembali...

Hik hik hik...itulah salah satu ceritanya dari banyak lagi kisah yang akan aku ceritakan dalam kisah AKU SEORANG JAGA ini.

Kisahnya tadi terhenti di situ...malas nak cerita sebab tak best...mana taknya...cukup teruk aku kena bambu dengan bos malam tu...akibat terlelap ketika menjalankan tugas...lain kali aku cerita lagi kisah lainnya ya...sebab nak bersambung lagi ni...jumpa lagi di lain cerita...

AKU SEORANG JAGA.

bersambung...

SAZALEE SULAIMAN ... 12/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment