Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Saturday, November 2, 2013

SEHINGGA TENGAH MALAM

SEHINGGA TENGAH MALAM

Singgah di perhentian
Elegi puisi pendek
Hangatkan tangis seperti luruh hujan
Impian yang memuncak
Namun terhalang batas runduk kemahuan
Gerbang perjuangan membangkitkan tamak
Gagal berbudi sebaliknya mencurah persengketaan
Aksi berpuak-puak

Terlalu memikirkan darjat diri
Elehkan tunjang bakti
Nahas menyusup seraya memerhati
Godman hasad dengki
Alunkan sakat di merata hati
Himpunkan bongkahan dendam dikambus mimpi

Masa untuk berubah
Ada di mana-mana
Lestari ikhlasnya pengakuan bersumpah
Amanat yang dituntut oleh hukum tunjang agama
Meskipun sehingga tengah malam diri masih boleh berubah.

Bayu.
Johor Darul Ta’azim.
251013.

No comments:

Post a Comment