Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Saturday, November 2, 2013

PANTUN JANGAN MENIPU

PANTUN JANGAN MENIPU

Menebang rumbia tepi belukar,
rembia dibelah bawa ke kuala;
bila rahsia telah terbongkar,
mulalah mengelabah tak tentu hala.

Bakar bahulu di petang raya,
untuk disedekah kepada yang fakir;
kalau dulu orang percaya,
tembelang pecah kawan menyingkir.

Ikan kerapu beli di pekan,
letak di para tangan dicuci;
kalau menipu jadi amalan,
hilang saudara kawan pun benci.

Pokok semalu melata di paya,
semut bersarang kanan dan kiri;
kalau dulu ramai percaya,
tapi sekarang semua dah lari.

Bunga raya subur di lombong,
diambilnya daun dibawa pulang;
di alam maya jangan berbohong,
lambat-laun nanti diketahui orang.

Qalam Bertinta
Klang
26102013
1337pm

No comments:

Post a Comment