Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Thursday, November 7, 2013

Mulakan hijrah dalam hati...

Mulakan hijrah dalam hati...

Cakap sudah
tegur berkali-kali
nasihat berpuluh kali
tamatkan cerita ini
tiada siapa mendengar lagi
telinga sudah jadi tuli
pandangan mata terhenti
mulut yang lain terkunci
sedari pagi mengata keji

Mengumpat...
betapa buruk dan hinanya
bagai memakan daging saudara seagama
bagai api memakan ranting kayu kering
janganlah kamu mengintip-intip
keaiban orang lain lalu memegahi diri sendiri
lebih berdosa daripada zina
ringan dimulut tapi berat timbangannya
perbanyakkanlah zikir
dapat menghindarkan diri
daripadanya.

ambillah cermin
lihatlah ke dalam diri
kaji dan nilaikan
peribadimu di mata hati
sebenarnya
kita tidak punya apa-apa, kosong
segalanya milik Allah

sudah sudahlah mengumpat
hari pun dah senja
dengan solat menyucikan jiwa
jom, dirikan tiang agama
Allahuakbar!
kita Hijrah dalam hati
sesaat bermula petrikan lidah
kita cuba...

Cma
7.15 malam
281013

No comments:

Post a Comment