Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, November 2, 2013

Kuasa Lidah

Kuasa Lidah

Di sana letaknya rencah dusta
di sana juga aroma fitnah menghuni
segala-galanya berhimpun di sana
berputar kata mencengkam sanubari.

Di situ letaknya madah palsu
di situ juga perisa penipuan berakar
segala-galanya bersatu di situ
berbelit bicara merantai kalbu.

Kecilnya mengadu-domba saudara
besarnya menikam sesama sendiri
segala ukuran pengucapan
yang suci umpama malaikat
yang mulia umpama nabi
yang jahat umpama syaitan
hanya terletak pada
kuasa lidah.

Kerana itu,
kekanglah lidahmu
jangan menikam hati saudaramu
kawallah bicaramu
jangan membunuh hati sahabatmu
jika baik lidahmu
maka diberkatilah
perjalanan hidupmu.

Ilham Minda,
Precious Hope
27/10/2013

No comments:

Post a Comment