Korban.
Berkenalan
berkawan
bersahabat
berkomen
bermesra
bergurau
berkasih-kasihan
'bercintan-cintun'.
Syaitan memancing
ditiup hasrat ingin bersua
rindu kononnya
bergelora,
jerat dipasang
ayat sayang-menyayang
pujuk rayu
dilagukan, didendangkan.
Anak dara
kehilangan nyawa
terkujur berlipat
dalam bagasi disumbat
di lebuhraya maksiat
kerana pengikut syaitan musibat
hajatnya tak dapat
di perjumpaan pertama;
merogol ... tersekat.
Tipu daya di mukabuku.
Sazalee Sulaiman ... 23/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment