Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, November 1, 2013

Kepalang nyawa jadi taruhan

Kepalang nyawa jadi taruhan

Kepalang engkau datang
parang Sarawak kuhunuskan
kepalang kaki menjejak
bergetar bumi kugegarkan
kepalang langkah berentak
maruah diri jadi taruhan

Nah, masuklah!
pintu telah kubuka seluasnya
Kepantangan nenek moyangku
dicabar
andai nyawa jadi galang
selangkah kaumara
berlangkah aku menapak
tak engkau mati, aku mati

jangan kaucabar suara keramat ini
kerana agamaku
jangan sekali dipersendakakan
akan kubunuh engkau
Allahuakbar!

Cma
10.33pagi
231013

No comments:

Post a Comment