Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, November 9, 2013

~♥ Kembali ♥~

~♥ Kembali ♥~

Dengan setangi dipacak ke bumi
mengaburi suasana yang kelam ini
menabur kelopak bunga kelilingi
setiap panahap tidak dilupai
sajian dan mentera dibacai
dengan menyeru namamu sang puteri
melangkah ke kanan dan ke kiri
di sini
di panji
sebuah janji
yang telah menghukumi
walau sesaat mengekori
atau melalui
namun tidak akan mengakhiri
atau mati
kerana akan kembali
dihadapan mataku ini
wujud dikau tanpa disedari
mengkhayalkan bagaikan fantasi
kenyataan bukannya mimpi
kerana dikau sama sepertiku ini
yang sedang mencari-cari
tidak kira petang ataupun pagi
walau sejauh mana engkau berdiri
atau di sebalik tabir dikau sembunyi
dari pangkal ke hujung kaki
kerana dikau aku miliki

~ Nukilan Pena Ilhamku - 03/11/2013

No comments:

Post a Comment