Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Saturday, November 9, 2013

Hijrah, Anjakkan Aku

Hijrah, Anjakkan Aku

Hijrah
kauhadir lagi di ambang baru
mengajakku mengubah sikap dan minda
mampukah akumelonjak paradigma hayat
setelah sekian waktu diterjah
dibelenggu saraf batin yang kejang menyayat
menutup lorong-lorong mutmainah yang hakiki
dirempuh oleh onak-onak kental memacak kalbu
setelah puas menghirup harum duniawi di luar sedar
pekat likat dalam kegelapan malam yang menyesatkan.

Hijrah
kaubagaikan bulan purnama yang indah
mengundang gundah pada hati-hati yang latah
pengamal nafsu-nafsu amarah luwamah dan marhamah
menidakkan mutmainah dan mardiah.

Hijrah
kiranya terhidang satu ruang peluang
akan kucari arah terang nan suci
menelusuri takah dan jejak mulia
denai para sufi pencinta nabi
dan akan kucari Suhaib bin Sinan Al-Rumi
pemuda pencari redha meninggalkan kemewahan
demi sebuah hijrah barakah yang dijanjikanNya.

Hijrah
anjakkan aku ke nafsu mardiah
jalan terbaik yang paling dicintai Allah
agar kubisa basahkan hati dan lidah
sentiasa berzikir ikhlas menuju tingkat koramah
terjauh dari segala kehinaan dan murkaNya.

Abdullah Tahir : 30 Zulhijjah 1434 / 4 November 2013.

No comments:

Post a Comment