Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Saturday, November 2, 2013

Aku tak malu.(Lewah)

Aku tak malu.(Lewah)

Aku tak malu
bila berjalan di hadapan khalayak,
jalan mendongak, dada kudepang luas
kerana aku tahu untuk apa nak malu
sebab aku berbaju 
bukan telanjang bulat.

Aku tak malu
bila berjalan di kota raya,
jalan mendongak, dada kudepang; tinggi
kerana aku tahu untuk apa nak malu
Malaysia negara bebas
negara demokrasi.

Aku tak malu
bila berjalan ke tempat kerja
sambil bergebang kasar
kononnya aku saudagar besar, mewah
kerana aku tahu
semua orang tertunduk memandangku; "aku kan kacak".

Aku tak malu
bila berjalan di kota maya,
berjalan, aku mendongak ... bongkak di khalayak; meninggi diri
kerana aku tahu, untuk apa aku harus rasa malu
orang bukannya tahupun
aku berbaju ataupun tidak; pinggul lagi kugoyang.

Aku tak malu; buat apa nak malu.

Sazalee Sulaiman ... 26/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment