Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Saturday, November 2, 2013

Aku Tak Malu

Aku Tak Malu

Aku tak malu
menjadi ulat buku
kerana dari buku kudapat ilmu.

Aku tak malu
bertanya ini itu
kerana sikap ingin tahu.

Aku tak malu
dikata tak berilmu
kerana ada perkara tak kutahu.

Aku tak malu
menulis puisiku
kerana ia ilham anugerah Yang Satu.

Aku tak malu
kamu malu?
buang sifat itu untuk maju.

CNM, 26/10/13, BBBangi.

No comments:

Post a Comment