Aku tak malu
dulu-dulu zaman kecilku
menjaja kuih muih
serata kampung
serata taman
dengan suara emas merduku
kuih...kuih...kuih...
kosui...serimuka...karipap...b
aku tak malu
mengutip pucuk paku
seikat sepuluh sen
mencari siput sungai
selonggok lima puluh sen
mencabut cendawan
sebekas tiga puluh sen
memanjat pokok manggis
sebakul upahnya seringgit
kerana kemiskinan
untuk meneruskan
kelangsungan hidup
perit jerih dengan upah yang kudapat
membeli sedikit makanan
untuk mengalas kekosongan perut
selebihnya kusimpan
untuk membeli buku cerita kegemaran
aku tak malu
untuk bercerita dengan anak-anakku
tentang kisah sedih zaman kecilku
supaya mereka mendapat sedikit iktibar
kesusahan mendidik aku
menjadi manusia hari ini
alangkah terkejutnya
mereka bertanya semula padaku
ummi tak malu ke
menjual kuih, pucuk paku, cendawan,
siput dan segala jenis buah-buahan di pasar malam?
aku tak malu
sebab aku bukan mencuri
untuk mencari sesuap rezeki
aduhai anak kalian malu rupanya!
Cma
8.00 malam
261013
No comments:
Post a Comment