Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, June 15, 2013

Cerpen: AKU SEORANG JAGA bab 1



Pada satu malam yang gelap lagikan gelita, sedang aku ternginsat-nginsat dengan mata yang kelat...al maklumlah dah jam 12.30 malam ketika itu...aku terlihat satu bayangan putih di atas bumbung bangunan tempat aku bertugas.

Berderau darah aku ketika itu...mana taknya...aku sorang je bertugas malam tu...teman pengganti tiada kerana dia cuti sakit cirit birit akibat termakan julap yang dia sangkakan coklat diletakkan orang rumah dia di dalam peti penyejuk. Orang rumah dia pun satu...ada ke letak julap dalam peti penyejuk...kes naya kawan aku tu.

Berbalik kepada cerita tadi...bulu roma jangan ceritalah...mencanak naiknya...apabila dengan tiba-tiba bayangan lembaga tadi hilang di hadapan mata...

op...ooooop...choop!

Mengundur sat selangkah...lupa pulak nak kenalkan diri aku ini...

Nama aku Sazalee Sulaiman a.k.a. abang bob...budak-budak sini panggil aku dengan gelaran tu lah...ada sambungan di belakangnya...KPD...nama syarikat akulah bukan KAKI PUKUL DARA...atau yang sewaktu dengannya...berkerja di sebuah syarikat kawalan yang diberi tanggungjawab untuk mengawal selia banggunan asrama para pekerja airport KLIA dan LCCT...bangunannya di Nilai, Negeri Sembilan...

Ok, selesai sudah sesi perkenalan tadi...kita sambung kembali cerita tadi...ni bab pertama ya...ada banyak lagi bab-babnya...jadi...kita sambunglah di lain bab pula ya akan sambungan kisahnya tadi...hik hik hik...jangan marah jangan marah...

bersambung.

SAZALEE SULAIMAN ... 11/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment