Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, June 6, 2013

SANDARAN INI KULABUHKAN PADA-MU

SANDARAN INI KULABUHKAN PADA-MU

Aku belayar mengekori gugusan kerdipan bintang
mencari pelabuhan hati yang telah lama kutinggalkan
seakannya ingin kulabuhkan sauh lelah dalam pencarian yang panjang ini
untuk aku bertafakur dalam diam mengusir kesal yang menghentam
sedang suara-suara halus yang membisik seolah menuba dalam sindir
hampirnya melonglaikan jasad dalam semangat
tika bahteraku menguis pasir di gigi air.

Biar lelah dan musim yang bersambung cuba menyanggah
kemudi harapan ini masih erat tergenggam dalam percaturan aku dan alam
kerdipan bintang-bintang itu masih menggamit
dalam desak agar sauh lelah itu kubongkarkan
dan biarpun di kaki langit tanpa bebayang pelabuhan hati
yang cuba memujuk keputusasaan
bahtera ini kuluncurkan dengan kelelahan yang kusingkirkan
ke lapisan ombak terbawah
kerana pelayaran ini satu kemestian dalam menjunjung fitrah hakikat
hakikat mencari pada setiap sandaran yang kulabuhkan pada-Mu.

Qalam Bertinta
06062013
1001am.

No comments:

Post a Comment