Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, June 4, 2013

RUMAH ITU

RUMAH ITU

rumah itu..
tiang sebatang..
kukuh tak goyang..
dibina dengan peluh dan darah..
airmata melimpah ruah..
dibina dengan kasih bapa..
dengan sayang ibu..

rumah itu..
alangnya perkasa..
bumbungnya mulia..
tiang serinya penongkat zaman..
hulubalang penjaga..
surinya dian..
pakunya hukum..
mengikat lantai landai berserakan..
tamannya harmoni..
disirami kasih..
dibaja dengan percaya..
dipagari kehormatan..

rumah itu..
diam dalam sepinya kini..
tanpa garis cahaya dian..
tanpa lubalang pasak pertahanan..
tanpa taman taman harmonis..
yang dulunya diwarnai rerama..
tetap utuh ia..
walau kehilangan..
menjadi lambang megah kemanusiaan..
setia cintanya..
biar waktu memudar rasa itu..
rumah itu..
kekal menyambung warisan..
rumah kecil tiang seribu..
rumah besar tiang sebatang..

ARFI KHAN 030613 KL

No comments:

Post a Comment