MENTARI BROGA
Broga
Di kakimu aku bermula
Menapak kecil-kecil
Walau kecil, rentakku sekata
Dengus nafas
Degup jantung
Beritma laju
Ruang pawana
Bagaikan kurang udara
Kiri dan kanan
Hijau
Saujana memandang
Langkah makin sukar
Tetap kuteruskan jua
Berselisih aku
Pendaki menurunimu
Aku jadi semangat
Langkah aku atur
Menuju puncakmu
Aku mahu menatap mentari pagi
Yang tetap bersinar
Hiasi dada langit biru
Di awal waktu
Shaheen
230613
No comments:
Post a Comment