Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Friday, June 7, 2013

~ Kuala Selangor ~

~ Kuala Selangor ~

berdiri aku di sini
jauh di sana terdampar lautan Selat Melaka
kicauan burung riuh di udara
mungkin terkejut
kehadiran lotong hitam

tersergam kukuh
binaan menara
tanda arah kapal dan perahu
mungkin puluhan tahun ujudnya

susunan meriam
tanda di sinilah kubu
menangkis serangan musuh
mungkin juga senjata pemusnah

batu hampar juga batu pancung
makam sultan dahulu
terjaga rapi
tanda pemerintah yang disanjung
juga pahlawan suatu waktu dulu

insan
peliharalah khazanah ini
bukti sejarah
yang tidak mampu dibeli
keindahan ini mengajar aku
menghargai sejarah lalu

Jue Affendi — at Bukit Melawati, Kuala Selangor.

No comments:

Post a Comment