Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, June 22, 2013

Kehilangan Aura

Kehilangan Aura

kuintai wangian senyumanmu
di celah-celah kabut membungkus gusar
pada bilah-bilah hati yang galau
terakam pada raut wajahmu bersama suram senja
sedang sebelumnya
kaupitah berbicara menghias setiap risauku
kerana pada larik tingkah dan olahmu
mengundang aku dalam persaingan
menambat cintamu.

kukehilangan auramu
lembayung senja yang indah
bagaikan sama berduka melagukan prosa sedih
tiada getar pada setiap diksi dan bait
indahnya suara gemersikmu kehilangan lirik
gersang ditaburi puing-puing rindu yang hangat
bersama lesunya simbahan mentari petang.

hanya semalam kautitipkan bahasa cinta
pada kerlingan matamu yang menghantar warkah
bahawa kaupaut aku dalam sebuah ikatan janji
yang melenakan tidurku hingga ke pagi.

Embi Estar : 20 Jun 2013

No comments:

Post a Comment