Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, June 13, 2013

KAU DAN AKU

KAU DAN AKU

Sayang,
masih segar di ingatan
hadiahmu sempena hari kelahiran
kau dan aku telah dijanjikan
dijanjikan dengan satu ikatan
satu ikatan, lambang percintaan.

Kini,
kau dan aku telah bersatu
tigabelas Jun tarikh ijabkabulku
itulah detiknya bergelar suri hidupmu
melayari bahtera
antara kau dan aku.

Sayang,
tigabelas Jun datang lagi
duapuluh satu tahun lamanya kini
kau dan aku kini melayari
bahtera kasih cinta abadi.

Detik bersejarah menjelma semula
bersyukur aku
KEHADRAT YANG MAHA ESA
mahligai dibina tanpa sengketa
kau dan aku saling percaya
tanpa sekelumit rasa curiga.

Sayang,
terima kasih kuucapkan
kau curahkan aku
sepenuh kasih dan sayang
sepenuh kebahagiaan
kasih sayangmu tiada berkurang
bersama permata hati yang disayang
kumohon kemaafan darimu sayang
andai ada sebarang kekhilafan.
Syukur pada-MU yang menentukan
kau dan aku telah disatukan
moga akan berkekalan
ke akhir hayat seperti yang diimpikan
kau insan yang amat kusayang
hanya satu yang kuharapkan
usah dipersoalkan tentang kesetiaan.

ZIE 13/06/2013

No comments:

Post a Comment