Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, June 4, 2013

IHSANNYA YANG ENGGAN BERPALING

IHSANNYA YANG ENGGAN BERPALING

Engkau berjalan dalam nyata yang suram
menapaki lorong-lorong hanyir dan kusam
bauan noda bergentayang dalam nafas dosa
dengan neon bundar menutup kejijikan laku
mendaki satu demi satu anak tangga yang engkau sangkakan
menuju ke syurga
engkau meneguk nista rakus amarah berahi tanpa sempadan
membunuh fikir dalam kewarasan yang menjelma jadi tuntutan
sedang neraka yang menjeling dengan merah mata engkau terlupa.

Untuk apa membilang hari sejengkal jarak yang jalannya bertatih
bila percayamu direntang hijab berlapis tujuh memugar tiang iman
engkau tumbang dalam desah ghairah sedangkan yang memerhati
terus menimba tinta dari laut hina mencatat penuh helai demi helai
dan dalam ketidaksabarannya memerhati satu persatu daun-daun yang gugur
sedangkan engkau masih berselumus dengan kehinaan yang terjulang di ubun-ubunmu
tanpa sedar getar dari hujung rambut hingga ke hujung kakimu
mula membilang seratus hari tanpa tersasar walau dalam kiraan saat
tempatmu pun mula terbuka luas dalam gejolak nyalaan hitam
dan kehinaanmu melolong sedangkan ihsan-Nya enggan berpaling.

Qalam Bertinta
04062013
2155pm

No comments:

Post a Comment