Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, June 4, 2013

HANYA SATU SOALAN.



Kenapa gulana hatiku berseloka
satu pertanyaan menyentuh minda
penuh muslihat penuh bermakna
di kala sepi mula berjiwa.

Engkau bertanya satu soalan
puas kufikirkan puas aku renungkan
terperangkap minda kebiasanya kecairan
terkedu di tangga mencari jawapan.

Pertanyaanmu itu membuat aku buntu
memikirkannya membuat minda aku kematu
apa maksud kata-kata muslihat darimu
CINTAKU UNTUKMU, itulah soalan kepadaku.

Aduhai! ... aku mula membedah fikiran
soalan yang mudah namun tiada jawapan
adakah muslihat di sebalik ujian
yang menyatakan

... sesungguhnya
engkau sememangnya mencintai aku.

Terperasan pula diriku di lembah kemusykilan.

ss/spl/pm ... 02/06/2013.

No comments:

Post a Comment