Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, June 21, 2013

BESAR KEPALA.

BESAR KEPALA.

Tuah dan Jebat ngaku saudara
Kasturi dan Lekir, Lekiu pun ada
saling berganding gembeling tenaga
bahu-membahu tentang durjana.

Setiap seorang ada ilmunya
tersandang di bahu penuh di dada
kerana dengki hasad membara
fitnah direka jatuhlah mereka.

Jebat mengamuk dikata derhaka
Tuah setia dikata buta.

Siapakah kita?

SAZALEE SULAIMAN ... 18/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment