Kupasrahkan segenap harapan..
Tertunduk sambil bergumam dalam hati
wajah mengukir senyuman
namun di hati berkocakan
seperti berkunjung ke pintu
yang ikhlas selalu terbuka
kerana aku juga insan yang punya cinta
namun sabarlah hati kasihnya menanti
kesudahan bererti manis penghujungnya
Biar kalimat tak berbingkai bergetaran
dan menyejukkan jiwa terdamba
menyingkapkan tabir lara hati
hembuskan nafas sedalamnya
tiada lagi sempadannya
merenda asmara menyambut kaulafazkan kata cinta
bukan tak mahu tapi malu
Sampai ke manakah beraraknya awan
pada siapakah mata kupejamkan
bulan retak dalam ombak lautan
dahan-dahan di hati bergetaran
kini kaudatang mengisi hidup
hulurkan mesra tanganmu
Kupasrahkan segenap harapan
padaMu Tuhan doa kutitipkan
andainya dia jodohku
kuterima seadanya
pelengkap separuh agamaku
~amran azahari~
25 Nov 2012 - 08:38pm.
yang ikhlas selalu terbuka
kerana aku juga insan yang punya cinta
namun sabarlah hati kasihnya menanti
kesudahan bererti manis penghujungnya
Biar kalimat tak berbingkai bergetaran
dan menyejukkan jiwa terdamba
menyingkapkan tabir lara hati
hembuskan nafas sedalamnya
tiada lagi sempadannya
merenda asmara menyambut kaulafazkan kata cinta
bukan tak mahu tapi malu
Sampai ke manakah beraraknya awan
pada siapakah mata kupejamkan
bulan retak dalam ombak lautan
dahan-dahan di hati bergetaran
kini kaudatang mengisi hidup
hulurkan mesra tanganmu
Kupasrahkan segenap harapan
padaMu Tuhan doa kutitipkan
andainya dia jodohku
kuterima seadanya
pelengkap separuh agamaku
~amran azahari~
25 Nov 2012 - 08:38pm.
No comments:
Post a Comment