Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, November 25, 2012

KERANA NAFSU

KERANA NAFSU

Saban hari
media elektronik dan cetak
buat kusesak dan muak
dunia bagai berantak

Pelbagai isu disaji
dari dalam dan luar negeri
kejam dan ngeri

Peperangan, ketegangan saji hidangan
hilang pertimbangan kemanusiaan
manusia bercakaran
kerana kuasa pangkat dan harta
hati jadi buta

Bangsaku yang satu
hilang halatuju
turut celaru dan berseteru
kerana nafsu

Masihkah ada ruang
untuk bersembang tenang berhati lapang
memacu bangsa cemerlang gemilang
terbilang pelbagai bidang

Anak bngsa terpinggir
dalam arus yang hanyir
adat budaya mungkir
agama disingkir

Masing-masing berhujah
bisu tidak beralah
menegak benang basah bertelagah
jalang berhelah.

YHI
Segamat Johor
25112012

No comments:

Post a Comment