Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, November 23, 2012

KISAH KITA

KISAH KITA

Dulu
kisah ini pernah kita cipta
di setiap helaian cerita cinta kita
yang terbina di antara dua hati
yang telah menjadi satu
dan kita pun sering berlagu rindu.

Namun
semuanya telah kita tinggalkan
dan cerita itu telah kita akhiri
dengan ketulusan dan keikhlasan hati
tanpa dendam…tanpa benci
kerana kita sedari
tadbir kita tidak mampu mengatasi
akan takdir Ilahi.

Dan kisah cinta itu
kita jalinkan semula
dalam sebuah ikatan persaudaraan
yang kita anyam dengan bilah-bilah jujur
dan kita jadikan istana bahgia
di antara dua keluarga
dalam ukhwah mesra.

Tapi kini
semuanya seperti telah hilang
cuba kucari dalam setiap helaian kenangan
yang pernah kita bingkiskan dengan kemesraan
pun masih belum kutemuinya
dan persoalan mula menyapa
akukah yang bersalah
atau dirimu yang sekadar mencari helah.

Pencarian ini akan kuteruskan
demi sebuah ikatan
dan demi satu ingatan.

Qalam Bertinta
23112012
0231am

No comments:

Post a Comment