Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Thursday, June 13, 2013

cinta hati

cinta hati

khazanah cintaku
melakar indah dipeluk sendu
melukis di wajah senja nan memerah
mengimbau damai di kayangan minda
melintas di askara dirasuk rindu

khazanah cinta ini
telah lama kubuangkan
dalam dasar yang paling dalam
lembaran cinta ini
telah lama terbakar
bila mata terlena dalam peluk kasih
seseorang yang hadir
menghulur sayang
tibanya menyembuh luka
yang sakitnya seluas lautan

khazanah cinta ini
entah di mana ia datang
bertandang molek dalam pangkuan
kala resah kemarin menghentam
untuk menjawab sebuah kehilangan
entah rindu masih bersisa
menutup usia senja yang semakin menyata

No comments:

Post a Comment