Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Thursday, June 13, 2013

DI SEBALIK BAHASA KIASAN.

DI SEBALIK BAHASA KIASAN.

Kepadamu kasih aku berimpian
ingin memetik akan keranuman
buah tergantung di laman berahi
segar dan bugar mata menerokai

di tangkai dendam bergayut-gayutan
mendatangkan nafsu tidak tertahan
buat santapan tembolok kalbu
molek ranumnya berkata sang nafsu.

Apa dia?

Tak ada apa-apa
tu ... buah betik
bukan buah kelapa
menjentik-jentik

... nafsu selera, aku.

Bolehkan? ... bolehlah!!

SAZALEE SULAIMAN ... 13/06/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment