Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Thursday, June 13, 2013

PERJALANAN YANG PAYAH

PERJALANAN YANG PAYAH
Menelusuri terowong serong
menggalas kantung kosong
melangkah lopak lompong
menapak denai yang pesong
menuruni gaung yang parah
mengharungi sungai gundah
merakit buluh resah
meluncur jeram payah

Sempit laluannya
cetek parasnya
deras arusnya
tajam krikilnya
suram wajahnya
sesak nafasnya
pekat kabusnya
rekah bibirnya
sebu dadanya

Menuju muara atma
kukibar layar nestapa
berkocak ganas segara
kolek meredah setia
kemudi meneraju sasa
semua siap siaga
akur dan pasrah
setiap olengan mengundang musibah
setiap lambungan mencetus gelabah
setiap rembesan menanti padah

Tiada keluhan
tiada rintihan
tiada tangisan
tiada raungan
tiada kekesalan
begitu payahnya perjalanan
misi penuh cabaran
hanya itulah pilihan
demi menggapai impian

Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian
12 JUN 2013

No comments:

Post a Comment