Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, November 2, 2012

~ Tikam Ekor ~

~ Tikam Ekor ~

Belbagai nama gelaran dan pengenalan diri
Magnum, Kuda dan toto
nama agung tertera di pekan dan bandar
saham dan modal semua ketahui
apa juga namanya itulah judi

berbagai paras rupa jenis manusia durjana
berangan angan cepat kaya
bertali leher pakaian sempurna
selipar putus juga turut serta
bertongkat berpapah masuk selamber
si kudung juga megah sama
aku tak mahu menghina
maafkan jari jemariku

tapi itulah umpama cerita
bukannya si kafir yang memenuhi ruang
umat Islam sebahagian dari mereka
mana hukum agama
mana iman yang dituntut
segalanya kerana wang
mahu kaya
tapi merekalah sebenarnya yang papa kedana

Tuhan.... aku insan lemah, tidak mampu menghalang
cuma mampu melihat dan berbisik sahaja

Sibuta Puisi
02112012
12.25
Klang Bandar DiRaja

No comments:

Post a Comment