Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, November 21, 2012

Mimpi Aku Malam Tadi

Mimpi Aku Malam Tadi

Semalam aku bermimpi,
sekali lagi! ... mimpi yang ngeri
mendampingi
menghurungiku bak langau di tahi
semerbak mewangi
nyeri di hati.

Mengikutku tiada mahunya berhenti
ke mana sahaja aku pergi
ia tetap mengekori
sehinggakan langkahku termati
ia tetap bertenggek di bahuku ini
merayu untuk aku fikiri.

Ahh! mimpi,
kenapa engkau datang malam tadi
tegak berdiri,
bulu tengkukku berdiri sendiri
akan sapaanmu yang tiada termungkin berperi
mungkin selamanya tidak akan terjadi.

Di pelamin rindu aku bersanding sekali lagi,
aduhai! ... ngeri, ngeri.

ss/spl/pm ... 21/11/2012.

No comments:

Post a Comment