Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, November 21, 2012

METAFORA

METAFORA

Ketika
Aku
Mencoba
Menghafal
Bait-bait tulisan sajak klasik
Pada setiap rangkapnya
Tanpa koma
Tanpa titik henti
Tetapi
Bersambung
Sehingga
Nama penulisnya
Kenapa
Tidak dipersoalkan
Isi kesilapannya
Ialah kerana
Metaforanya
Berlari ke langit
Singgah di bulan
Sedang bintang gemintang
Memagarinya
Dan berkata
Kalau tidak kerana bulan
Tidaklah bintang terbit tinggi
Kalau tidak kerana senyuman
Tiadalah cinta bermusim bersemi.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu.
Kg.Air Semporna,Sabah.
211112@0118hrs(Rabu).

No comments:

Post a Comment