kukira titis-titis hujan ini
kukira titis-titis hujan ini
berguguran di cucuran atap
jernih dan terang bulat halus
melaju kala ia melebat
halus kala ia bergelar gerimis
bagai temali ia bersambungan
melimpahkan air persis si air mata
satu persatu kukira jatuh hujan
berirama merdu dari atas atap rumahku
gemersik dan memukau mendengarnya
hujan terus turun
bagai tidak mahu berhenti
membasah alam maya
bagai menyucikan semua dosa
lewat petang ini sedari pagi
hujan melebat membecak laman ibu
berkabus dan mendingin
tidak kelihatan garang sang mentari
malu bersembunyi entah di mana
dalam resah hujan ini
terukir kenangan bagai meluruhnya gemawan
halus kala ia bergelar gerimis
bagai temali ia bersambungan
melimpahkan air persis si air mata
satu persatu kukira jatuh hujan
berirama merdu dari atas atap rumahku
gemersik dan memukau mendengarnya
hujan terus turun
bagai tidak mahu berhenti
membasah alam maya
bagai menyucikan semua dosa
lewat petang ini sedari pagi
hujan melebat membecak laman ibu
berkabus dan mendingin
tidak kelihatan garang sang mentari
malu bersembunyi entah di mana
dalam resah hujan ini
terukir kenangan bagai meluruhnya gemawan
No comments:
Post a Comment